Skinpress Rss

Minggu, 10 Februari 2013

Tempat shopping best di Seoul, Korea

1



Post kali ni nak bincang tempat shopping best di Seoul, Korea. Kalau nak shoppong wajib pergi ke 2 tempat ni iaitu Dongdaemun dan Namdaemun Market. Ehh...nama macam sama je. Sebenarnya Dongdaemun dan Namdaemun ni pada zaman dulu ialah pintu gerbang utama ke kota Seoul. 

Dongdaemun
Dongdaemun menggabungkan kemeriahan membeli belah di mall dan outdoor bazaar

Dongdaemun dikenali sebagai syurga fesyen Korea dan menempatkan shopping mall berskala besar. Hampir setiap perkara yang berkaitan dengan fesyen boleh didapati di sini. Bak kata zalora...beratus jenama, beribu gaya. Anda boleh memilih untuk shopping di mall pencakar langit seperti Doota dan Migliae atau shopping di outdoor bazaar pada harga yang lebih berpatutan.

salah satu jalan di Dongdaemun yang dipenuhi dengan kedai kasut
inilah ikon Dongdaemun... Pintu gerbang timur utama kota Seoul pada zaman silam. Lebih besar dari gerbang A Famosa Portugis di Melaka

Anda boleh berkunjung ke Dongdaemun siang atau pun malam kerana Dongdaemun “hidup” hampir 24 jam.  Pada siang hari Dongdaemun dipenuhi dengan pelancong yang mencari barang pada harga berpatutan. Sebelah malamnya pula menjadi tempat peniaga memborong barang pada harga pukal.
Untuk ke Dongdaemun, boleh menaiki subway line 1 atau line 4 dan turun di Stesyen Dongdaemun


Namdaemun
Namdaemun merupakan pintu gerbang selatan utama Kota Seoul pada zaman dinasti Joseon. Bersebelahan dengan pintu gerbang ini, terdapat Pasar Namdaemun


Pasar Namdaemun dipenuhi dengan semua jenis keriangan dari apa yang hendak dilihat dan apa yang hendak dibeli. Pelbagai barang dijual di sini pada pelbagai julat harga dan kualiti. Barangan yang popular di sini ialah pakaian, kraftangan, souvenir dan cermin mata.  Barang yang pelik dan jarang dijual di tempat lain seperti ginseng dan ubatan tradisional Korea juga mudah didapati di sini
meriah betul pasar Namdaemun ni. Mana taknya, barang kat sini murah-murah belaka

sempat membeli baju I <3 KOREA di Namdaemun
Untuk ke Namdaemun boleh naik Subway line no 4 dan turun di stesyen Heohyeon. Jalan 5 minit dari stesyen tersebut. Pasar Namdaemun tutup pada hari ahad. 

Apa pendapat anda tentang dua tempat shopping ni? Jangan lupa tinggalkan komen...

cr:http://myfir2u.blogspot.com/2013/01/tempat-shopping-best-di-seoul-korea.html

1 komentar:

Posting Komentar