Skinpress Rss

Minggu, 10 Februari 2013

10 tempat mesti pergi di Seoul, Korea Selatan

0


Post kali ini nak berkongsi 10 tempat yang wajib dilawati jika melancong ke Seoul, ibunegara Korea Selatan. Maklumat yang terdapat dalam post ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi sahaja. Jadi sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik di Seoul. Mari kita tengok apakah tempat2 yang perlu anda kunjungi jika ke Seoul...

#1    Gyeongbokgung


Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan.  istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi (lebih awal dari tarikh Kesultanan Melayu Melaka diasaskan iaitu 1400 mengikut sejarah melayu dan 1402 mengikut suma oriental) Istana ini sangat besar sehingga saya sendiri masih belum menghabiskan lawatan ke semua kawasan di dalam istana ini walaupun sudah empat kali melawatnya.

Kompleks utama Istana

Istana ini kaya dengan senibina tradsonal Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan  Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. hari ini, Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan.

Jika kita berjalan sehingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, kita akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan.


The Korean Blue House. 


Di luar Gyengbokgung, terdapat tempat yang wajib dikunjungi oleh peminat drama City Hunter iaitu Gwahamun Square...hehe..kenal tak tempat ni?
Kat sini la hero dan heroin City Hunter bertemu for the first time ...

Di Gwahamun Square ni ada Tugu peringatan King Saejong The Great (salah seorang Raja dinasti Joseon dan beliaulah yang mencipta huruf korea). Terdapat juga tugu peringatan laksamana Yi Sun Shin. Di bawah Gwahamun square terdapat Museum pringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun  Shin. 




#2   Insa-dong


membeli buah tangan untuk sahabat di Malaysia

Kalau nak beli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluarga, sahabat dan orang tersayang, datanglah ke Insa-dong. Jalan ini dipenuhi dengan kedai2 yang menjual cenderamata pada pada harga yang berpatutan. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar menawar.  Kat sini juga ramai aweks korea jual barang2 perhiasan macam gelang, rantai dan lain2...

Kalau anda bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, dapat lihat persembahan kebudayaan di Insadong ni. Sambil shopping boleh belajar budaya Korea.





#3 Myeongdong




Malam di Myeong-dong

Merupakan syurga fesyen dan kosmetik di korea. Di si terdapat banyak kedai baju dan koemetik samada indoor mahupun outdor. Tapi kalau nak pergi sini kena jalan dengan hati2 sebab ramai sangat orang. Dianggarkan seramai 1500000 orang melalui Myeong-dong setiap hari.








#4  Namsan



Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati.

Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2 korea. terdapat juga Seoul Time Capsule. Apa tu Time capsule...

Inilah Seoul Time Capsule...Sebuah batu yang terdapat ukiran di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu tu tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu. Tapi yang lebih menarik, atas batu tu ada ukiranyang ada  nama Allah.... Jeng Jeng..Kalau tak percaya datang dan lihatlah sendiri ...

Untuk sampai ke puncak namsan, terdapat 3 cara.
  1. Naik cable car..
  2. Naik bas (kenderaan lain tidak dibenarkan masuk)
  3. Jalan kaki...trek dan tangga pejalan kaki disediakan

yeyyyy....sampai ke puncak Namsan dengan berjalan kaki

Kat atas puncak Namsan pon ada macam2.... antaranya:

Namsan Tower...menara telekomunikasi Seoul...mcm Kl tower la lebih kurang. Kat atas tu ada restoran dan tempat untuk bersantai sambil melihat keindahan Seoul dari atas.


Teddy Bear Museum... kepada peminat2 teddy bear kenalah datang sini. Boleh tengok macam2 teddy bear dan ada yang boleh beli... pssstttt...saya dah beli dua teddy bear untuk buah hati saya dari sini.. hehe hemo hemo


kat puncak Namsan juga ada orang buat pertunjukan tarian dan seni mempertahankan diri korea....best2


yang paling terkenal kat namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan...


Haaa....letak nama siapa tu ...hehe


Tapi yang paling best kat namsan ialah...............

ada lopipop yang sedap untuk dikongsi dengan kawan2....ahaksss



#5   Itaewon

Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergi lah ke Itaewon. banyak restoran halal kat sini. Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. masakan korea yang halal pun ada







di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea kenelah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.








# 6   Cheonggyechon Stream.





Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai. Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan memulakan usaha memulihara sungai ini. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai. Saya sendiri selalu menyusuri sepanjang sungai ini  dari permulaan sungai di Cheonggye plaza sehingga ke Dongdaemun. Terasa seolah2 menyusuri sejarah Seoul yang panjang dan mengkagumkan.


Pada awal november setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena festival tanglung Korea. Saya berasa bertuah kerana berpeluang melihat sendiri festival ini pada musim luruh 2011
tanglung yang besar dan unik diletakkan di sepanjang sungai . Cantik sangat..




#   7   Hangang Park

kalau sesiapa yang suka beriadah, boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi medan untuk main luncur salji....


best tau main salji kat sini...tak payah la pergi kat i-city or kat genting...tak real. Kita juga boleh menyewa basikal kan berbasikal di sepanjang sungai Han.. mmg best sebab nyaman dan tenang... 










# 8  Banpo Moonlight Rainbow Bridge



inilah antara benda yang tercantik di Seoul selain awek korea yang sweet dan putih..hehe.
merupakan jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. Air pancut tu siap boleh menari lagi.  Ada dua cara untuk menikmati keindahan di rainbow bridge ni. Yang pertama pergi ke tepi jambatan ni macam dalam gambar kat atas. Boleh naik subway dan turun kat stesyen Dongjak, lepas tu jalan kaki dalam 5 minit.
Cara kedua dengan menaiki bot dari stesyen yoneorui. Memang best naik bot ni terutamanya kalau pergi dengan girlfriend. kalau bernasib baik boleh dapat bot yang ada live band. tapi yang paling best bila boat ni dah sampai di tempat air pancut berirama. Siap lalu bawah lagi... habis basah...hehe



#  9    Lotte World



Kalau anda rasa pergi Genting best, saya pulak rasa pergi Lotte World 10 kali lagi best... Taman Tema indoor dan outdoor ini memang hebat. Terdapat pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenalin  rush..

sebenarnya ada satu lagi taman tema yang besar di Seoul iaitu Samsung Everland tapi saya tak pernah pergi coz terletak agak jauh pusat bandar Seoul. menurut kawan korea saya Sinae, Samsung Everland lebih besar berkali2 ganda berbanding Lotte World...ni kene pergi ni


# 10   Pulau Nami

Tempat ni tak payah nak perkenalkan. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun.
Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti 

berbasikal ketika musim sejuk



musim luruh di Nami. Cantik kan




kepada pembaca yang merancang pergi ke Seoul, Korea, diharapkan post ini memberi infomasi yang berguna..
Dan yang sudah sampai ke tempat2 di atas, apa pendapat anda?. Jangan lupa bagi comment yer

cr:http://myfir2u.blogspot.com/2012/05/post-kali-ini-nak-berkongsi-tentang-10.html

0 komentar:

Posting Komentar